Sambutan Hari Koperasi Sekolah & Karnival Kokurikulum 2017

Pada tahun 2017 ini, pihak koperasi sekolah telah berkolaboratif bersama dengan Unit Kokurikulum sekolah bagi menjayakan sambutan Hari Koperasi Sekolah & Karnival Kokurikulum 2017. Diharapkan usaha murni ini dapat memberi kesedaran tentang kepentingan kokurikulum disamping memeriahkan lagi Hari Koperasi Sekolah.

Tema yang dipilih pada tahun ini ialah "Koperasi Pemangkin Kecemerlangan Aktiviti Sekolah". Program yang berlangsung selama tiga hari ini melibatkan pelbagai aktiviti seperti karnival jualan, pertandingan mengubah bunga, bola jaring, pentanque, road relay dan explorace. Selain itu, sambutan ini diserikan lagi dengan majlis pelancaran logo baru koperasi sekolah, dan demonstrasi oleh pasukan Bomba Dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam.


















Comments