Program Negaraku Sehati Sejiwa Pendidikan Perpaduan Peringkat Daerah Marang Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2017

Majlis Pelancaran Program Negaraku Sehati Sejiwa Pendidikan Perpaduan Peringkat Daerah Marang Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2017 telah diadakan pada 5 Semptember 2017, bertempat di Dewan Mutiara Budi, SMK Tengku Lela Segara.

Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Adnan Bin Salleh, Pegawai Pendidikan Daerah Marang.

Antara objektif program ini adalah:

  • Memperkukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar selaras dengan aspirasi Gagasan 1 Malaysia.
  • Mewujudkan persefahaman dan toleransi ke arah pembangunan Bangsa Malaysia yang bersatu di bawah satu bendera.
  • Meningkatkan semangat perpaduan, persaudaraan, intergrasi dan jatidiri dalam kalangan pelajar dan komuniti setempat.
  • Memperkasakan hubungan dan kerjasama antara agendi kerajaan, swasta dan organisasi bukan kerajaan.

Comments